Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan furu'-furu'nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
Tiada seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.
Sabdanya lagi:
Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.
Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:
Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.
Dan pada kata-kata Qadqamatis-Solah' dijawab pula:
Semoga Allah mendirikannya (solat) dan mengekalkannya
Dan pada kata-kata:
Engkau telah berkata benar dan berbakti.
Sesudah azan, hendaklah ia membaca:
Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment