Wednesday, June 17, 2009
AL-Iman
engkau berdiri bersolat sedang hatimu ke sana ke mari
tidakkah engkau sedar bahawa perbuatan itu jahat sekali?
engkau berdiri dan berukuk dan bersujud berulang kali
namun rakaatnya kau lupa tidak ingat berapa kali?
celaka engkau, apakah ini solat yang engkau tunaikan?!
kepada tuhan rabbul-alamin yang engkau selalu serukan
taqwa dan rahmat belas-kasihan yang engkau harapkan
padahal hatimu terus berpaling terus membelakangkan
kepada yang lain engkau sibuk mengira dan mengingatkan
inikah yang kau katakan solat, tanpa khusyuk yang kau sertakan???!
ingatlah kawan, jika solat itu ditolak dan dikembalikan
alamat celaka menimpa badan, di hari sudah hari kebangkitan!
di akhirat kelak kita dikumpulkan mengikut amal yang kita lakukan
ke hadrat tuhan yang maha perkasa kita dihadapkan
segala perbuatan segala perlakuan kita dipersoalkan
buruk dan baik semuanya diperlihatkan tiada yang ketinggalan
taqwa dan iman jadi penentuan dan amal soleh diperhitungkan
ketahuilah, jika buku amalan diberi ditangan kiri, celakalah badan
dan sekiranya diberi sebelah kanan tanda bahagia berkekalan
inilah kesudahan bagi semua insan kepada tuhan kita dikembalikan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment