GERHANA BULAN TANDA KEBESARAN ALLAH
Wahai saudara-saudaraku… jauhilah khurafat dan syirik pada kejadian gerhana bulan ini. Dosanya sangat besar. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Marilah kita bersama bertafakkur dengan iman di sebalik kejadian begini moga mendapat hidayat dan keredhaannya. Jangan hanya berseronok dengan anugerah ini, fikirlah keesaan dan kebesaran-Nya yang tidak mampu dicipta oleh kita manusia yang kerdil dan hina ini. Buat ibadat yang sepatutnya di masa gerhana itu dengan berzikir dan beristigfar kepada-Nya.
Sila rujuk…
http://www.angkasa.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=261&Itemid=1
KUALA LUMPUR: Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.
“Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi.
“Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Angkasa akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Orang ramai dijemput hadir menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.
Mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung boleh disaksikan di laman web www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam. – Bernama
Sumber :
Berita Harian Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment