Thursday, June 18, 2009

AR-RAFI’

Bilakah Kiamat?

حدثنا ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بعثت أنا والساعة كهاتين ‏

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini”(iaitu jari telunjuk dan jari tengah)

(Riwayat Muslim)

‏ ‏عن ‏ ‏أبي حازم ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏سهلا ‏ ‏يقولا ‏
‏سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يشير بإصبعه التي ‏ ‏تلي ‏ ‏الإبهام والوسطى وهو يقول ‏ ‏بعثت أنا والساعة هكذا ‏


“Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) Antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini.”

(Riwayat Muslim)

AL-HAFIDD

Perkara yang membatalkan Islam/Syahadah

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa’at dan tawakkal.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari’at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari’at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari’at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari’at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.

AL-BASIT

Zikir ; pintu pahala

Sabda Rasulullah s.a.w ;

“Tidak mampukah salah seorang daripada kalian meraih seribu kebaikan dalam sehari? Maka berkatalah salah seorang sahabat : “Bagaimanakah salah seorang di antara kita meraih seribu kebaikan (dalam sehari)? Baginda bersabda : ” Ucapkanlah tasbih Subhanallah wabihamdihi seratus kali, necaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan”.

(Riwayat Muslim)

“Ada kalimah yang ringan (diucapkan) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan di sisi Allah ; Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azim”

(Shahih Ibnu Majah)

“Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahuakbar, (adalah kalimah yang dengan membacanya) akan ditanam bagimu sebatang pohon dalam syurga”

(Shahih Ibnu Majah)

AL-ALIM

Dajal ; Rupa dan Kezalimannya

Hadis Abu Hurairah r.a :
”Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.”

Hadis Al-Mughirah bin Syubah r.a. katanya
“Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya”

Hadis Anas bin Malik r.a. katanya:
”Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir)”

Hadis Abdullah bin Umar r.a berkata:
Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Pada suatu malam aku bermimpi berhampiran Kaabah aku melihat seorang lelaki berkulit sawa matang, sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berkulit sawa matang, dia berambut ikal sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berambut ikal. Dia menyikat rambutnya yang masih basah. Dia bersandar kepada dua orang atau kepada bahu dua orang sambil melakukan Tawaf di Baitullah. Lalu aku bertanya: Siapakah lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih bin Mariam. Kemudian aku melihat pula seorang lelaki berambut kerinting, mata kanannya buta seperti buah anggur yang masak ranum iaitu matanya terkeluar. Lalu aku bertanya: Siapa pula lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih Dajal”

Hadis Huzaifah r.a. katanya:
”Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka”

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya”

Hadis Anas bin Malik r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Shibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal

Hadis Abu Said Al-Khudry r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya

Semua hadis diatas diriwayatkan oleh Imam Muslim

Moga mendapat pengajaran dan info berguna buat kita semua. Wallahu A’lam.

AL-FATTAH

Doa Malaikat untuk hambaNya yang soleh

1. Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.

(Riwayat Ibnu Hibban )

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”

(Riwayat Muslim )

3. Orang yang berada di shaf barisan depan berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada shaf–shaf terdepan”

(Riawayat Abu Daud)

4. Orang yang menyambung shaf solat berjamaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam shaf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang–orang yang menyambung shaf–shaf”

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

5. Orang yang mengucapkan ‘aamin’ ketika imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya masa lalu”.

(Riwayat Bukhari)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhuknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”

(Riwayat Imam Ahmad)

7. Orang yang solat subuh dan asar secara berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu salat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”

(Riwayat Imam Ahmad)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”

(RiwayatMuslim)

9. Orang–orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang–orang yang sedang makan sahur”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Thabrani)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh”

(Riwayat Imam Ahmad)

12. Orang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

(Riwayat Tirmidzi)

Wallahu a’lam. Moga mendapat rahmat dari Allah Taala. Amin…

AR-RAZZAQ


Gambar ilutrasi

Abu Hurairah meriwayatkan:

“Ketika Rasulullah s.a.w berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka; “lalu seseorang bertanya; “Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab “Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia).

(Riwayat Bukhari).

Saudara-saudaraku…

Marilah kita ke Sirathal mustaqim….jalan yang lurus, jalan yang betul, jalan yang diredhai Allah, jalan yang ditunjukkan Rasulullah…Jangan kita tergigit oleh api neraka walau sesaat pun kerana seksanya amat memedihkan dan mendahsyatkan. Moga kita diselamatkan Allah dari Neraka Jahannam yang disediakan untuk manusia kufur itu. Ingatlah bahan bakar api neraka itu hanyalah manusia dan batu-batu. Siapakah manusia itu? Iaitu manusia yang sentiasa memprotes perintah Allah. Dan apalah batu-batu itu? Di antara batu-batu itu adalah batu sembahan manusia iaitu patung berhala…Ingatlah wahai saudara-saudaraku yang beriman, kembalilah kepada Allah dan Rasulnya….Allahumma inna nauzubika min azabi jahannam wa min azabil qabr. Amin…

Wallahu a’lam

AL-WAHHAB

Taqwa Adalah Akhlak Mukmin

Ketaqwaan adalah simbol atau lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa seringkali dikaitkan sebagai sifat kejayaan dan kebahagiaan manusia di akhirat.


Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji.” (Riwayat al-Tirmizi)

Berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w tersebut dapat disimpulkan bahawa taqwa adalah sifat yang sangat penting pada seseorang Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Malah ia adalah lambang dan simbol utama keteguhan iman yang terpahat dalam hati Muslim.

Namun, segelintir umat Islam hari ini belum memahami pengertian taqwa yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan harian. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi konsep taqwa sebagaimana dalam hadis berikut : ” Sesiapa yang menyebut kalimah “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga.” Kemudian baginda ditanya: “Apakah maksud ikhlas itu?”. Baginda menjawab : “Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.”

Pendek kata, ketaqwaan menurut alQuran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan dan meninggalkan segala yang diharamkan Allah dan RasulNya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang-kurangnya perlu dimaklumi dan dihayati oleh umat Islam dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran pada hari ini.

Ibnu Abbas pernah menyatakan :
“Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya.”

AL-QAHHAR

Rahmat dan melihat Allah

Abu Hurairah r.a berkata :


Sesungguhnya orang ramai telah bertanya Rasulullah s.a.w dengan berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat Tuhan kami pada Hari Kiamat? Lalu Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Adakah memudaratkan iaitu berbahaya jikalau kamu melihat bulan pada malam purnama? Mereka pun menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Baginda bertanya lagi kepada mereka: Adakah berbahaya jikalau kamu melihat matahari yang tidak dilindungi awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Kemudian baginda bersabda: Begitulah juga kamu akan melihat-Nya, Allah s.w.t akan menghimpunkan seluruh manusia pada Hari Kiamat dan berkata kepada mereka bermaksud: Sesiapa yang menyembah sesuatu benda, maka ikutilah benda tersebut. Bagi orang yang menyembah matahari, mereka akan mengikut matahari tersebut. Bagi orang yang menyembah bulan maka mereka akan mengikuti bulan tersebut. Manakala orang yang menyembah taghut, maka mereka akan mengikuti taghutnya itu. Jadi tinggal lagi umat ini iaitu umat yang percaya kepada Allah termasuklah orang-orang munafik yang tetap dengan kemunafikan mereka. Lalu Allah mendatangi mereka dengan bukan gambaran-Nya yang sebenarnya di mana gambaran tersebut mereka kenal dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhanmu. Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada engkau iaitu gambaran tersebut, beginilah pendirian kami sehingga Tuhan kami benar-benar datang kepada kami kerana kami mengenali-Nya. Lalu Allah mendatangi mereka dengan gambaran-Nya yang sebenarnya sebagaimana yang mereka kenali dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhan kamu. Mereka pun menjawab: Engkaulah Tuhanku. Mereka pun mengikut-Nya. Kemudian Allah merentangkan kepada mereka suatu titian yang merentangi Neraka. Maka aku bersama umatku adalah orang pertama yang menyeberanginya. pada hari itu tiada seorangpun yang dapat berbicara kecuali para Rasul. Para Rasul berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam Neraka terdapat sejenis besi berkait seperti duri Saadan iaitu nama tumbuhan yang berduri besar, adakah kamu pernah melihat duri Saadan? Mereka pun menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya ia seperti duri Saadan yang tidak diketahui sebesar manakah bentuknya kecuali Allah. Ianya menggait manusia bersama amalan mereka. Tinggallah orang-orang mukmin bersama amalannya yang berjaya melintasi Neraka. Setelah Allah menetapkan hukuman di antara para hamba dan hendak mengeluarkan mereka dengan rahmatNya maka Dia akan memerintahkan para malaikat agar mengeluarkan mereka dari Neraka tersebut. Manakala Orang yang tidak menyekutukan-Nya dan Dia menghendakinya maka mereka dikeluarkan dari sana dengan rahmat-Nya, begitu juga bagi orang yang berkata لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ sesungguhnya para Malaikat mengenali mereka semasa dalam Neraka melalui kesan sujud. Api Neraka akan memakan seluruh anggota anak Adam kecuali kesan sujud. Allah telah mengharamkan api Neraka dari memakan kesan tersebut. Kemudian mereka dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan hangus, lalu disiram dengan air kehidupan, maka pulihlah mereka sebagaimana tumbuhnya benih dalam kawasan banjir iaitu lumpur. Setelah Allah selesai dari mengadili hamba-Nya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke Neraka. Dia adalah ahli Syurga yang terakhir memasukinya. Dia berkata: Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari Neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalaannya membakarku. Dia terus memohon daripada Allah sepuas-puasnya. Kemudian Allah s.w.t berfirman: Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu? Lalu dia menjawab: Aku tidak akan meminta lagi dari-Mu perkara lain. Lalu Allah memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari Neraka. Apabila dia berpaling menghadap Syurga dia terus terpegun, lalu dia memohon daripada Allah dengan berkata: Wahai Tuhanku, hampirkanlah aku kepada pintu Syurga. Maka Allah menjawab: Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dariKu, celaka sungguh engkau wahai anak Adam. Dia pun menjawab: Tidak, demi keagungan-Mu, lalu dia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu Syurga. Setelah dia berdiri di ambang pintu Syurga, terbukalah pintu Syurga dengan luas untuknya, sehingga dia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya. Dia terus diam terpegun untuk seketika, kemudian dia berkata lagi: Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam Syurga. Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam. Lalu dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehinggalah Allah memperkenankan permintaannya lalu berfirman kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Setelah dia memasuki Syurga, Allah berfirman kepadanya: Pohonlah lagi. Maka dia terus memohon kepada Tuhannya dan dia terus meminta sehinggalah Allah mengingatkannya dengan beberapa perkara. Setelah habis permintaannya, Allah s.w.t pun berfirman: Apa yang berlaku itu merupakan kemurahanku kepadamu dan umatmu, begitu juga kepada umat lain bersama Nabi mereka

Riwayat Muslim

Moga mendapat pengajaran……..Moga Allah mengampunkan hambaNya yang bertakwa dan beriman.

Ya rabbana, adkhilna ilal jannah, amin……….

AL-GHAFFAR

Puasa Menjauhkan Diri Dari Neraka

Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya – yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka.”

(Muttafaq ‘alaih)

Berpuasalah dengan penuh kesabaran dan ketabahan dengan pengisian amal ibadah berterusan siang dan malam. Zikir, istighfar, solat-solat sunat siang dan malam, membaca Al-Quran, bertadarus, bersedekah dan sebagainya, semuanya mendatang pahala berlipat kali ganda di sisi Allah Taala.

Jauhilah segala larangan-larangan Allah dengan mentaati segala perintahnya semoga kita mendapat pengampunan seluas langit dan bumi sebagaimana dijanjikan Allah……amin.

AL-MUSAWWIR

Nikmat Makan-Minum di Syurga

Beruntungnya penghuni-penghuni syurga…Sesungguhnya orang-orang yang berada di syurga itu menikmati makan dan minum apa saja yang diinginkan. Ini berdasarkan firman Allah Taala yang maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”

(Al-Mursalat : 41-43)

Penduduk syurga akan mendapat makanan dan minuman tanpa sebarang kesusahan. Rezeki akan datang sedang mereka duduk-duduk saja. Firman Allah bermaksud :

“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!, “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”, maka tinggalaah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!”

(Al-Haqqah : 19-24)

“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk, Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.”

(Al- Insan : 11-14)

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, ada ahli tafsir berpendapat bahawa kalau penghuni syurga itu berdiri, maka cabang pohon yang berbuah itu ikut meninggi bersama mereka. Apabila mereka duduk, maka cabang pohon itu ikut turun sehingga mereka dapat memetiknya dengan mudah. Apabila mereka berbaring, maka cabang pohon buah-buahan itu ikut turun setinggi tempat tidur mereka.

Qatadah berkata bahawa tangan-tangan mereka tidak akan terhalang atau terkena duri bila memetik buah-buahan tersebut. Ahli syurga tersebut tidak akan merasa kesukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendakki, firman Allah Taala maksudnya:

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”

(Al-Waqiah : 27-33)

Para penghuni syurga itu masing-masing mempunyai pelayan-pelayan yang tidak pernah berubah kerana perjalanan masa. Walaupun telah bertahun-tahun mereka hidup di syurga, mereka tetap muda dan bercahaya seperti mutiara yang bertaburan. Para pelayan itu berjalan-jalan mengelilingi penghuni syurga sambil membawa gelas-gelas perak berisi air, susu, arak atau madu yang berasal dari sungai-sungai yang sangat bersih dalam syurga

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“Para penghuni syurga itu makan dan minum, tetapi mereka tidak membuang air besar, tidak membuang hingus dan juga tidak kencing. Makanan mereka keluar berupa misik. Mereka bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka bernafas”

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apakah kauthar? Baginda menjawab; Kauthar adalah sungai kurniaan Allah dalam syurga. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Di situ ada burung yang lehernya seperti leher kambing. Umar berkata; ini benar-benar nikmat!. Baginda bersabda : “Memakannya lebih nikmat dan lebih lazat dari kambing biasa”.

(Riwayat Tarmizi)

Wallahu a’lam….Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah…amin…moga kita mendapat manfaat

AL-BARI

Syurga Firdaus dan Calon Penghuninya



Al Quran menjelaskan orang-orang yang akan ditempatkan di Jannah Firdaus adalah orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Amalan -amalan soleh yang dikerjakan ialah :

1. Sentiasa kusyuk dalam solat

2. Sentiasa menjauhi perkara-perkara lagha (yang sia-sia)

3. Rajin membayar zakat

4. Sentiasa memelihara kemaluan dari maksiat

5. Memelihara amanah

6. Sentiasa memelihara solat.

Sifat-sifat amalan soleh yang dikerjakan semasa hidup oleh orang-orang seperti ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11 yang bermaksud :

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya,, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara solatnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”

Dalam syurga Firdaus ini mereka marasakan kenikmatan dan kebahagiaan yang tidak pernah habis. Mereka kekal di dalamnya dan tidak ingin berpindah ke tempat lain, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 108 :

“Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya”

Wallahu a’lam, moga kita di kalangan mereka…amin

AL-KHALIQ

Penghuni Syurga ‘Adnin



Di dalam Al Quran dicatatkan bakal-bakal manusia yang akan mendiami Syurga ‘Adnin… di antaranya :


Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala :
Firman Allah yang bermaksud ;


“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu Syurga ‘Adnin, yang mereka masuk ke dalamnya, yang mengalir padanya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa”.
(An-Nahlu : 30-31)

Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu Syurga ‘Adnin yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”.
(Thaha : 75-76)

Orang yang banyak berbuat kebaikan dan sangat jarang berbuat kesalahan :

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“… dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya ada pula orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang sangat besar. Bagi mereka adalah Syurga ‘Adnin’, yang mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka dihiasi dengan gelang-gelang emas dan mutiara; dan pakaian mereka adalah sutera”
(Al-Fatir : 32-33)

Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan, mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu Syurga ‘Adnin, mereka masuk bersama-sama orang-orang yang soleh, ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.”
(Ar-Ra’du : 22-23)

Wallahu A’lam
Moga kita sentiasa berusaha ke arahnya…

AL-MUTAKABBIR

Tujuh Petanda Takwa



Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku serta ibadatku, hidup dan matiku ini adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Sekelian Alam”.

Lantaran apa sahaja perbuatan kita sama ada baik atau buruk tetap ditulis oleh dua Malaikat Rakib dan Atid, sebagai rekod book setiap manusia untuk dipaparkan di hadapan Allah…Amatlah menggerunkan jika kita tidak sempat kembali kepada-Nya dengan bertaubat. Ingatlah Malaikat Izrail sentiasa memerhatikan kita dengan penuh perhatian tidak pernah tersilap mencabut nyawa seseorang sambil menunggu perintah-Nya 24 jam.

Ingatlah setiap detik berlalu dalam kehidupan ini akan di adili di depan Allah…

Firman Allah :



Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Hasyr : 18)

Saudara-saudaraku…di Padang Mahsyar kita adalah makhluk yang sangat lemah. Semua anggota akan dipertanggungjawabkan atas segala amalan perbuatan yang dilakukan di dunia ini baik semasa kita sedang celik maupun sedang kita tidur. Pejam celik, makan-minum, ke hulu-ke hilir, sakit demam, hatta sedang qada’ hajat sekalipun akan diperhitungkan di depan Allah.

Firman Allah dalam surah Yasin ayat 65:



“Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”

Saudara-saudaraku sekelian, marilah kita bertakwa kepada Allah. Imam Ghazali mengatakan tanda-tanda seseorang itu takutkan Allah akan dilihat pada tujuh perkara :

1. Pada lidah, hindarilah cakap kotor, mengumpat, memfitnah, berbual kosong, menipu, berdusta dan banyak bercakap. Isikan masa-masa yang berlalu dengan banyakkan berzikir, membaca Alquran dan muzakarah ilmu agama.

2. Pada hati, buanglah sikap suka bermusuh dan benci, dengki, memperkecilkan orang lain dan sebagainya. Ingatlah apabila hati yang rosak, akan rosak segalanya.

3. Pada mata, jauhilah pandangan-pandangan yang haram seperti melihat aurat kerana ia boleh mematikan hati. Begitu juga jauhilah godaan dunia seperti hiburan-hiburan melalaikan dan perempuan-perempuan yang menjolok mata. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhi matanya dengan api neraka pada hari kiamat”.

4. Pada perutnya, jangan ia diisi dengan makanan dan minuman yang haram seperti harta perolehan riba, harta anak yatim, harta curi, rasuah, makan tidak dijemput dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesuap barang yang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknati selama barang haram tersebut dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya adalah neraka”.

5. Pada kedua tangannya. Jauhkanlah tangan kita daripada berbuat maksiat atau perkara-perkara yang dilarang bahkan gunakan ia untuk kebaikan dan ketaatan kepada Allah.

6. Pada kakinya, Tidak berjalan ke arah perbuatan maksiat tetapi hanya melangkah menuju keredhaan ilahi.

7. Pada ketaatannya, dengan menjadikan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, takutkan sifat riak dan munafik.

Janji Allah tetap benar, firmannya :



Yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa akan ditempatkan di dalam syurga-syurga indah dengan mata air yang memancar-mancar”
(Al-Hijr : 45)

Moga mendapat sesuatu yang bermanfaat…Wallahu a’lam

AL-JABBAR

Rayuan penghuni-penghuni neraka

Semua manusia tahu bahawa neraka adalah tempat azab seksa dan mereka tidak sesekali mahu menghampirinya dan mendiaminya. Manusia yang beriman dan bertakwa saja yang ingin menjauhkan diri dari lembah kehinaan berpanjangan ini. Maka mereka berbuat dan beramal dengan kebaikan dan beramal dengan amalan-amalan yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan segala godaan nafsu dunia yang sementara ini untuk kehidupan abadi yang dijanjikan Allah yakni Alam Akhirat, yang kebanyakan manusia pada hari ini kurang yakin kepadanya sehingga banyak meninggalkan suruhan agama…

Di neraka digambarkan oleh Quran banyak penyesalan manusia yang tidak mahu beriman di dunia. Mereka merayu Allah dengan penuh penyesalan tetapi tidak dilayan oleh Allah….

Di antaranya, penghuni-penghuni neraka ini memohon agar mereka dikeluarkan daripadanya. Firman Allah dalam surah Al Mukmin ayat 11:

” Ya Tuhan kami, engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali, maka kami sekarang mengakui dosa-dosa kami, oleh itu, adakah sebarang jalan untuk kami untuk keluar dari neraka ini?”

Permohonan mereka itu dijawab oleh Allah dengan firmannya ;

“Lalu dikatakan kepada mereka : “Azab (yang kamu berada padanya) itu adalah dari kerana keadaan kamu apabila Allah yang Maha Esa saja yang diseru dan disembah, kamu kufur dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah kamu percaya, maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Tertinggi lagi Yang Amat Besar”.’
(Al-Mukmin :12)

Penghuni neraka juga akan merayu pada Allah supaya mereka dikembalikan ke dunia, kata mereka ;



“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
(Assajdah : 12)

Jawab Allah :





“Oleh sebab kelalaian kamu maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.”
(AsSajdah : 14)

Mereka juga memohon supaya ditangguhkan seksaan, kata mereka ;



Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu…”
(Ibrahim ; 44)

Namun rayuan mereka akan ditolak Allah dengan dikatakan kepada mereka



“Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”
(Ibrahim : 44)

Semua rayuan dan permohonan yang bermacam-macam itu juga di jawab Allah dengan penuh kemurkaan sebagaimana firman-Nya :



Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
(Al-Mukminun : 108)

Wallahu A’lam……”Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah kami hamba-hambamu yang soleh…tempatkanlah kami di syurgaMu.”

AL-AZIZ

Ciri wanita Syurga


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga. Diantaranya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, diantaranya: “Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau: “ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Diantara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman: “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).

Wallahu A’lam Bis Shawab.

(Petikan dari tulisan al ustadz Azhari Asri, judul asli Wanita Ahli Surga Dan Ciri-Cirinya. MUSLIMAH XVII/1418/1997)

AL-MUHAIMIN

15 KESENGSARAAN MENIMPA PENGABAI SOLAT

15 kesengsaraan yang akan menimpa orang yang mengabaikan waktu solat. 6 kesengsaraan akan menimpa ketika di dunia. 3 ketika sakaratul maut, 3 ketika di dalam kubur, dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur.

6 kesengsaraan ketika di dunia adalah:

Pertama : dicabut keberkatan hidupnya.
Kedua : dihapus ciri-ciri orang soleh yang berada di wajahnya.
Ketiga : setiap amal baik yang di lakukan, tidak akan di beri pahala oleh Allah.
Keempat : doa tidak dikabulkan.
Kelima : tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh.
Keenam : keluar dari dunia (mati) tanpa membawa iman.

3 kesengsaraan ketika sakaratul maut adalah :

Pertama : mati dalam keadaan sangat hina.
Kedua : mati dalam keadaan sangat lapar.
Ketiga : mati dalam keadaan sangat dahaga, sehingga apabila seluruh air laut diminum, tidak akan hilang rasa hausnya.

3 kesengsaraan ketika di dalam kubur adalah :

Pertama : segera dihimpit oleh kubur.
Kedua : sepanjang siang dan malam dibakar dengan api membara.
Ketiga : dililit ular besar bernama Syuja’ (Ular ini matanya dari api neraka. Kukunya panjang dari besi yang panjangnya setiap kukunya adalah perjalanan sehari)

3 kesengsaraan ketika dibangkitkan dari kubur adalah
:


Pertama : dihisab dengan berat.
Kedua ; mendapat murka Allah.
Ketiga : dimasukkan ke dalam Neraka.

Oleh itu, ketika mendengar suara azan, bersegeralah berwudhuk untuk mendirikan solat kerana azan memiliki makna-makna maknawi yang luar biasa.

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin disebutkan bahwa Sa’id Jubair berkata, Ibnu ‘Abbas r.a ketika mendengar suara azan, ia menangis sampai basah serbannya dan merah matanya. Ketika ditanya, beliau menjawab, “Seandainya manusia tahu benarnya suara muazzin, pasti tidak mungkin dia sempat beristirahat dan tidur.” Apa maksudnya? Lalu beliau menjelaskan :

1. Seruan pertama, “Allahu Akbar” mempunyai makna, “Hai sekalian manusia yang telah sibuk mengurusi harta dunia, berhentilah dulu sejenak,sambutlah seruan ini, istirahatlah badanmu dan segeralah beramal
baik demi keuntungan dirimu.”

2. Seruan kedua, “Ashhadu alla ilaha illallah” mempunyai makna : “Aku mohon persaksian semua masyarakat langit dan bumi, bagiku di sisi Allah kelak di Hari Kiamat bahwa ‘ Aku telah menyeru kalian.”

3. Seruan ketiga “Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah” mempunyai makna: “Aku mohon persaksian dari para Nabi khususnya, Nabi Muhammad s.a.w kelak di Hari Kiamat bahawa Aku telah memberitahu kepada kalian setiap harinya lima kali.”

4. Seruan keempat, “Hayya ‘alassolah” mempunyai makna, “Sungguh Allah telah menegakkan solat bagi kalian, maka tegakkanlah solat olehmu.”

5. Seruan kelima, “Hayya ‘alal-falah” mempunyai makna, “Masuklah kalian dalam rahmat dan peganglah petunjuk bagimu.”

6. Seruan keenam, “Allahu akbar” mempunyai makna, “Segala pekerjaan (urusan duniawi) terlarang bagimu, sebelum melaksanakan solat.”

7. Seruan ketujuh, “La ilaha illallah” mempunyai makna, “Inilah amanat tujuh lapisan bumi dan langit, sudah berada di bahumu, maka terserah kepada kalian akan dilaksanakan atau tidak.”

Dikutip Dari Buku Jejak Langkah Mengenal Allah

Moga memberi manafaat kepada orang-orang yang mencari pertunjuk Allah….Amin

Template by:
Free Blog Templates