MAHSYAR SEHARI 50,000 TAHUN DUNIA
Berapa lamakah manusia berada di Mahsyar? Persoalan masa di akhirat sukar diperkatakan, kerana bila kiamat berlaku dan semua manusia sudah ke sana, tiada alat yang dapat dijadikan pengukur waktu, tidak seperti hari ini, ada jam.
Di dunia kita mengira waktu amat mudah, sehari 24 jam, tujuh hari jadi seminggu, seterusnya sebulan, semua mengikut peredaran matahari atau bulan, tetapi di akhirat tiada bulan matahari, semuanya dilipat Allah kerana tugasnya sudah tamat.
Suatu ketika ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar. Abu Said al-Khudri meriwayatkan, Rasulullah membacakan firman Allah bermaksud ;
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Allah sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”
(Surah Al-Maarij 70:4)
Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat tersebut iaitu dengan kadar sehari akhirat bersamaan dengan 50,000 tahun dunia. Sekiranya kita berada selama 30 hari di akhirat bermakna kita berada di dunia sementara ini selama 1.5 bilion tahun. Siapa yang mampu hidup selama itu??
Betapa halnya jika seorang terdampar di Mahsyar selama 50,000 tahun akhirat? Jika satu jam di sana bermakna 2083 hari dunia bersamaan lebih kurang 6 tahun 3 bulan 17 hari. Satu minit di sana bersamaan lebih kurang 35 hari. Sesaat di sana lebih kurang setengah hari dunia!! Cuba bayangkan nikmat dan azab di akhirat. Bandingkan orang yang terkena api di dunia, dua saatpun tidak mampu….!! Inikan pula setengah hari… Lindungilah kami Ya Allah….amin.

“Alangkah lamanya…”, kata sahabat apabila mendengar baginda membaca ayat tersebut. Kemudian baginda bersabda lagi;
“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman tuhan, sesungguhnya Allah
meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu”
Bagi mukmin sebenar tempoh masa bakal dilalui di Mahsyar jika selama 50,000 tahun itu terasa amat singkat seolah mengerjakan solat fardhu saja. Demikian anugerah Allah kepada mukminin dan mukminat, sebaliknya ia menjadi terlalu lama pasti terasa bagi golongan kufur dan banyak membawa dosa.
Rasulullah s.a.w seringkali berdoa supaya memudahkan perkara yang sukar …“Allahumma yassirli kulla ‘asir”, maksudnya Ya Tuhanku permudahkanlah bagiku segala kesulitan”.
Wallahu a’lam…
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment