Thursday, February 4, 2010

Syurga

Syurga dalam bahasa Arab disebut 'Jannah', yang dapat diertikan sama dengan 'kebun'. Dari segi istilah ia pula diertikan sebagai tempat anugerah Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang melakukan kewajipan dan kebaikan. Perkara ini dimaklum dalam Al-Quran

Surah Al-Baqarah ayat 82

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya."

Menurut sebahagian ulama, syurga itu telah sedia wujud sekarang dan sebelumnya Adam A.S diciptakan Allah. Pendapat ini berdasar oleh firman Allah Subhana-Wa'Taala

Surah An-Najm ayat 13 hingga 15

"Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi 'Sidratul-Muntaha';yang di sisinya terletak (syurga)'Jannatul-Makwa'."

Menurut keterangan Rasulullah Salallahu-Alaihi-Wassalam bahawa Sidratul Muntaha itu tidaklah jauh dari alam planet. Dengan kata mudah, ia berada di luar alam planet, iaitu ruang angkasa lepas, keadaannya amat luas sekali, iaitu seluas langit dan bumi. Di samping keluasannya, syurga mempunyai tingkat-tingkat yang luasnya tidak terhingga (tak terduga).

Sabda Rasulullah Salallahu-Alaihi-Wassalam bermaksud daripada Ubadah Radhiyallahu-anhu bahawa Rasulullah Salallahu-Alaihi-Wassalam telah bersabda

"Syurga mempunyai seratus darjat dan tingkat, di antara satu darjat dengan satu darjat lain adalah seperti jarak bumi dengan langit. Tingkat darjat yang paling tinggi ialah Syurga Firdaus. Daripadanya akan mengalir sungai-sungai ke dalam empat syurga. Di atasnya terletak Arasy. Apabila kamu meminta kepada Allah, mintalah syurga Firdaus." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Imam Al-Bukhari)



Syurga mempunyai tujuh peringkat iaitu:

1. Syurga Firdaus
2. Syurga Ma'waa
3. Syurga Khuldi
4. Syurga Na'm
5. Syurga Adnin
6. Syurga Daarus-Salam
7. Syurga Daarul Jalal

Syurga mempunyai keistimewaan sendiri beserta dengan keindahannya. Keistimewaannya dan keindahan syurga itu tidak dapat digambarkan dan dicapai oleh pancaindera manusia. Rasulullah Salallahu-Alaihi-Wassalam bersabda

"Padanya (syurga) terdapat perkara-perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas pada hati manusia."(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Syurga penuh dengan keistimewaan dan keindahan akan menerima ahli-ahlinya*. Dan ia kekal abadi, selama-lamanya.

Ahli-ahli tersebut ialah:

1. Orang yang bertakwa.
2. Orang yang menyembah Allah dan tetap lurus di atas jalan tersebut.
3. Orang yang beriman dan berjuang di jalan Allah.
4. Orang yang mati syahid.

Pendek kata bahawa syurga adalah tempat yang kekal abadi yang disediakan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang melakukan kebaikan dan menunai segala tuntutan kewajipan yang disuruh Allah Subhana-Wa-Ta'ala. Pohonlah pada Al-Hadi, Al-Muqtadir agar kita dipimpin dan ditetapkanNya jalan yang lurus ini. Insya-Allah. Salamun alai
k ya Akhi.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates