Bismillahi-Rahmani-Rahim
Berwaspada dan insaflah wahai manusia yang tidak mahu berselawat kepada Nabi, Rasul, Kekasih Allah – Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam. Celaan, keburukan dan kejahatan kepada sesiapa jua yang tidak mengendahkan selawat dan meremehkannya. Maka celaka dan kehinaan besar bagi golongan anti-hadith. Sesiapa yang berlaku sombong dan angkuh dengan tidak berselawat kepada Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam sehari semalam hendaklah dia bertaubat dan insaf sebelum pengetahuan datang kepadanya untuk memberi amaran. Semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa berselawat dan bertaubat pada Allah. Bi-idznillah - Inn-Allaha kana Ghaffuru-Rahim. Berikut merupakan ancaman yang dinyatakan menerusi lidah kekasih Allah, Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam:
1. Lupa jalan ke Syurga
Orang yang tidak mahu berselawat untuk Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam hanya mengakibatkan dirinya sendiri lupa jalan ke syurga kelak.
Daripada Abu Hurairah Radhi-Allahu-anha, bersabda Rasulullah Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam
“Barangsiapa lupa membaca selawat untukku maka dia lupa jalannya ke syurga.”
2. Masuk Neraka
Seseorang yang tidak mengendahkan selawat untuk Nabi Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam akan masuk neraka.
Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam bersabda
“Barangsiapa disebutkan namaku di hadapannya maka dia tidak membaca selawat untukku, maka dia akan masuk ke dalam neraka dan dijauhkan oleh Allah; maka hendaklah dia tidak mengumpat kecuali kepada dirinya sendiri.”
Sabda Rasul-Allah Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam
“Barangsiapa disebutkan namaku di hadapannya dan tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka.”
3. Mendapat Kecelakaan
Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam akan mendapat kecelakaan atau akan menerima nasib yang malang.
Nabi Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam bersabda
“Celaka orang lelaki yang namaku disebutkan di sisnya tetapi dia tidak berselawat untukku.” (Qadhi Baidhawi)
4. Tidak dapat melihat wajah Nabi S.A.W.
Barangsiapa yang tidak mahu membaca selawat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam maka pada hari kiamat kelak dia tidak akan berpeluang melihat wajah baginda yang mulia itu dan ini bermakna dia tidak akan mendapat syafaat atau pertolongan daripada Nabi Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam sendiri.
Nabi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam bersabda
“Tiga orang (tiga golongan manusia) yang tidak dapat melihat wajahku, iaitu “Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang meninggalkan sunnahku dan orang yang namaku disebutkan di sisinya tetapi dia tidak berselawat untukku.”
5. Dianggap sebagai ‘Penentang Agama’
Orang yang tidak berselawat untuk Nabi Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam, baginda menganggapnya sebagai penentang hukum/perintah agama.
Nabi Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam bersabda
“Empat orang (empat golongan manusia) yang termasuk sebagai telah melakukan perbuatan menentang atau dilarang oleh agama, iaitu: orang yang kencing berdiri, orang yang mengusap dahi sebelum selesai solat, orang yang mendengar azan tidak mengucapkan syahadat seperti yang diucapkan oleh muezzin (tukan azan) dan orang yang bila namaku disebutkan di sisinya dia tidak mahu berselawat untukku.”
6. Dianggap sebagai ‘Orang Bakhil’
Orang yang tidak mahu berselawat untuk Nabi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam telah dianggap oleh baginda sebagai orang bakhil. Orang bakhil tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripada harta bendanya yang banyak.
Nabi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam bersabda
“Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan di hadapannya maka dia tidak mahu membaca selawat untukku.”
7. Merupakan dosa besar
Seseorang yang tidak berselawat untuk Nabi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam seolah-olah dia telah melakukan satu dosa besar.
Berkata Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Zawajir “Tidak berselawat kepada Nabi Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam ketika orang menyebut namanya adalah merupakan dosa besar yang keenam puluh.”
8. Menghadapi kekurangan daripada Allah
Seseorang yang tidak berselawat untuk Nabi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam akan menghadapi kekurangan dari Allah Subhanahu-wa-Ta’ala dalam apa jua kurniaan-Nya dan mungkin pula akan mendapat azab Allah.
Hadis riwayat al-Tarmizi dan al-Jami’ush Shogir mengatakan bahawa Nabi Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam bersabda
“Kaum mana sahaja yang duduk di dalam suatu majlis dan melamakan duduknya dalam majlis itu kemudian mereka meninggalkan majlis dengan tidak menyebut nama Allah dan tidak pula berselawat untukku, nescaya mereka menghadapi kekurangan dari Allah. Jika Allah menghendaki maka Allah akan mengazab mereka dan jika Allah menghendaki maka Allah akan member pengampunan kepada mereka.”
Di karang oleh Al-Afiq 0 comments
Hukum Meninggalkan Solat
Bismillah...
Al-Hamdulillahi-Rabbil-Alamin.. erm... Saya mengetahui dan sedia maklum bahawa permasalahan ini sudah terbiasa. Dan Insya-Allah semua ini adalah kerana usahanya kita yang ingin mencari keredaanNya. Sebagai muqadimah... saya akan mengemukakan satu contoh yang dapat saya terangkan, satu misalan terhadap keadaan yang berbeza.
Seorang pemuda telah bekerja di sebuah syarikat perniagaan. Ini adalah tanggungjawabnya dalam menyempurnakan tugas-tugas yang diberikan. Bagaimanakah jikalau dia tidak melakukan amanah dia dengan baik. Padahal gaji diberi, makan disediakan, berak kencing diatur, bahkan tempat untuk bersolat pula disediakan?. Haha... badannya pun sihat walafiat. Penyakit pun takda. Sibuk? kerja tak buat sibuk apanya? Majikannya pasti akan menjatuhkan hukuman kepadanya atau memecat dia. Itu adalah pasti... Takkan nak biar je?
Contoh ini dikemukan... bagaimana pandangan ini mungkin sedikit berbeza dengan scenario dalam perihal hukum agama. Tambahan pula ia adalah sesuatu yang wajib ditunaikan. Bagi pandangan jumhur ulama mengenai seorang muslim yang meninggalkan solat dengan sengaja, ia telah merosakkan amalannya, dan apabila rosak amalannya, maka rosaklah al-deen atau hubungan diantara dua entiti, iaitu sang pencipta dengan makhlukNya. Apabila meninggalkannya, ia dianggap rosak imannya dan tiada lagi berhak baginya terhadap Islam dan muslim yang lain. Pendapat ini diperkuat dengan hadis sahih berikut.
"Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat." (Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)
"Perjanjian yang menjadi perbezaan antara kita dan mereka(orang kafir) ialah solat, maka barangsiapa yang meninggalkannya bererti dia benar-benar telah kafir." (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ashabus-Sunan)
Sementara itu, sebagian imam berpendapat pula bahawa jika orang tersebut benar benar tidak mengingkari dan tidak pula meremehkan hal-hal yang fardhu dalam Islam serta mengakui penyesalan dan zalim dirinya lalu bersedia untuk bertaubat, maka ia tetap termasuk dalam golongan kaum muslimin dan dihukumi dengan Islam seperti hak mukmin biasa. Samalah dengan perspektif Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang tidak menghukumi sesiapa kafir.
Namun ada penetapan berdasarkan pada dua macam alasan bagi meninggalkan solat fardhu.
1. Boleh jadi ia meninggalkan solat kerana ingkar akan wajibnya solat. Dia meremeh, dan/atau menertawakannya. Orang semacam ini terhukum kafir dan murtad menurut ijma' kaum muslimin. Kerana kewajipan solat beserta dalam islam merupakan sesuatu yang sudah dimaklumkan dalam Ad-Deen secara pasti (Ma'luu-mun minad diini bidh dharuurah). Oleh kerana itu, siapa pun yang mengingkarinya atau meremehnya bererti ia telah mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak ada lagi keimanan dalam hatinya meski hanyalah perkataan yang dimainkan dimulut dan bukan di hati. Orang seperti ini orang-orang kafir yang perangainya sesuai dengan firman Allah
"Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solat, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak (mahu) berakal." (Surah Al-Maidah ayat 58)
2. Mungkin disebabkan malas, sibuk dengan urusan duniawi. Tergoda hawa nafsunya atau kerana was was yang timbulkan oleh syaitan. Mengenai orang semacam ini para ulama berbeza berpendapat dia kafir atau fasik. Kalau dia fasik, apakah dia harus dijatuhi hukuman ta'zir dengan dipukul dan dipenjara?
Imam Abu Hanifah berpendapat "Orang seperti ini terhukum fasik kerana meninggalkan solat, Dia wajib diberi pelajaran terdahulu dan dijatuhi hukuman ta'zir dengan pukulan yang keras sampai berdarah serta dipenjara sehingga dia mahu melakukan solat. Demikian pula dengan orang yang meninggalkan shaum(puasa) Ramadhan." Imam Malik dan Imam As-Syafie berpendapat "Dia terhukum fasik bukan kafir. Hukumannya tidak cukup dengan hanya didera dan dipenjara. Tetapi dia harus dihukum bunuh jika dia memang terus-menerus meninggalkan solat." Sedangkan Imam Ahmad pula menurut riwayatnya dari beliau yang paling masyhur ialah, "Orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan keluar dari Deenul Islam. Tidak ada hukuman baginya kecuali hukuman mati. Tetapi, sebelumnya dia harus diminta supaya bertaubat kembali kepada Allah, kembali kepada Islam sebenar-benar dan menunaikan solat. Jika dia mahu memenuhinya maka dianggap cukup, tetapi jika tidak mahu memenuhinya maka ia harus dipenggal lehernya." Pendapat ini dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ishaq dan Rahawaih.. serta yang lain-lainnya.
Al-Quran menempatkan tarkush shalah (meninggalkan solat) sebagai ciri-ciri orang kafir. Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka(yang kafir) "Rukuklah, nescaya mereka tidak mahu rukuk." {Surah Al-Mursalat ayat 48}
Allah Subhana-Wa-Ta'ala juga menerangkan keadaan mereka pada hari kiamat sebagai akibat balasan bagi mereka yang meninggalkan solat itu, firman Allah
"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa. (Dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera." {Surah Al-Qalam ayat 42-43}
Al-Quran menjelaskan bahawa tidak ada yang berhak mendapatkan perlindungan dan persaudaraan kaum muslimin, kecuali orang yang bertaubat dari kemusyrikin, kemudian menegakkan solat dan mengeluarkan zakat. Allah berfirman mengenai keadaan orang-orang musyrik yang diperangi:
"... Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan..." {Surah At-Taubah ayat 5}
Lagi firman Allah
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudara segama..." (At-Taubah ayat 11}
Dan juga firman Allah tentang peristiwa mengenai mereka ini, di mana adalah gambaran diantara orang-orang mukmin ashabul-yamin dengan orang-orang kafir penghuni neraka saqar.
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar(neraka)? "Mereka menjawab, "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang-orang miskin dan adalah kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan kami mendustakan hari pembalasan." {Surah Muddats-tsir ayat 42-46}
Di karang oleh Al-Afiq 0 comments
Erti Solat Sebenar
Bismillah
Terlebih dahulu bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T dengan keberkatan dan keizinanNya, saya masih terusan dalam memahami dan cuba untuk berkongsi sedikit ilmu.
Sebagai muqadimah bagi posting ni, saya junjung
Surah Adz-Dzaariyat ayat 56
"Dan Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"
Dan adalah kemestian bagi seorang muslim dalam seluruh peribatannya, melakukan perkata perkata berikut:
Menjadikan seluruh hidup saya sebagai tempat mengabdikan diri. Dan hidup ini pula hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berhubungan secara konsisten dan berterusan kepada Allah. Seperti sabda Rasulullah s.a.w
"Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah
kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya
Dia melihatmu." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada
Abu Hurairah.)
Dan seharusnya ibadat yang dilakukan mestilah ikhlas dan khusyuk. Seolah merasakan kelazatan atau nikmat yang lazat. Dan berusaha untuk mencapai nikmat itu. Sesuai dengan Riwayat Aisyah r.a menyatakan
"Selalunya Rasulullah s.a.w bercakap dengan kami dan kami bercakap dengannya.
Apabila sampai waktu solat beliau seolah-olah tidak mengenali kami dan kami tidak mengenalinya."
Dan juga yang telah dinyatakan oleh sabda baginda s.a.w
"Berapa banyak
orang yang berdiri (melakukan solat, sedangkan) bahagiannya dari solat itu
hanyalah penat dan lelah."
Juga bayangkan sabdanya
"Berapa banyak orang yang melakukan puasa
(sedang) bahagiannya dari puasanya itu hanyalah lapar dan dahaga."
(An-Nasa'i dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.)
Juga dalam solat, haruslah menghadirkan hati serta sedia membebaskan fikiran daripada urusan duniawi dan meletakkan kepekaan secara menyeluruh terhadap kepentingan ukhrawi yang kekal. Rujukan sabda baginda s.a.w
"Allah tidak menerima amalan hamba-Nya sehingga dia menghadirkan hatinya bersama
badannya."
Dan diriwayatkan juga daripada Hasan al-Basri katanya "Setiap solat yang dilakukan tanpa kehadrian hati maka solat itu lebih cepat membawa kepada seksaan."
Sehubungan dengan ini, telah disebutkan juga bahwa:
"Solat itu sebahagian daripada
urusan akhirat, apabila kamu masuk ke dalamnya bererti kamu telah keluar dari dunia."
Sebagai satu kecukupan dalam posting ini, saya menghamparkan satu pengharapan bagi kita untuk tidak merasa senang dan rakus.. haha.. atau merasa tamak.. kepada ibadat dengan melakukan ibadat itu semata-mata hendak menyahut seruan Allah dalam hadis Qudsi-Nya
"Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang menolong-Ku) sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan (melakukan) sesuatu yang paling Aku sukai selain daripada perkata yang telah aku fardhukan kepadanya. Sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepadaKu dengan (melakukan) perkara-perkara sunat sehingga Aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya maka Aku-lah pendengarannya yang ia mendengar dengannya. Aku-lah tangannya yang ia menampar dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya. Apabila dia meminta kepadaKu nescaya pasti akan Ku berikan kepadanya, apabila beliau meminta perlindungan-Ku nescaya pasti beliau Ku lindungi. Tidaklah Aku merasa ragu-ragu (melakukan) sesuatu yabg Ku-lakukan seperti keraguan-Ku untuk(mencabut) nyawa hamba-Ku yang mukmin yang bencikan mati (sedangkan) Aku benci menyakitinya." (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah)
Thursday, February 4, 2010
Cinta Rasulullah kepada Umatnya
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan selepas waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada’).
Pada masa itu Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. yang menunggang unta berada di Padang Arafah. Ketika ayat ini diturunkan, Rasulullah tidak begitu jelas penerimaannya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut, baginda bersandar pada unta sambil unta tersebut duduk berlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibrail Alaihi-Salam dan berkata “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini aku telah sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah Subhana-wa-Ta’ala dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja malaikat Jibrail Alaihi-Salam pergi maka Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah. Setelah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. mengumpulkan para sahabat, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail Alaihi-Salam.
Apabila para sabahat mendengar hal demikian mereka pun gembira sambil berkata “Agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!”
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya, maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar Radhiallahu-anhu menangis telah sampai kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar Radhiallahu-anhu dan mereka berkata “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuatmu menangis sehingga keadaanmu sebegini rupa? Sepatutnya kamu berasa gembira kerana agama kita telah sempurna.”
Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar Radhiallahu-anhu pun berkata “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkata itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu, maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu, lalu mereka menangis. Tangisan mereka telah di dengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. tentang apa yang mereka lihat itu.
Salah seorang dari sahabat berkata “Ya Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari sahabat itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera baginda bergegas ke rumah Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu.
Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu, maka Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam melihat kesemua mereka menangis dan bertanya “Wahai sahabatku. Kenapakah kamu semua menangis?” Kemudian Ali Karamallahu-wajhah berkata “Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafatmu telah hampir, Adakah ini benar, ya Rasulullah?”
Lalu Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir.” Sebaik sahaja Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu mendengar dari pengakuan Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam sendiri, dia pun menangis sekuat tenaganya sehinggalah jatuh pengsan sementara Ali Karamallahu-wajhah pula menggeletarseluruh tubuhnya.
Para sahabat yang lain turut menangis dengan sekuat-kuatnya. Sehinggalah gunung-ganang, batu-batu, semua malaikat yang di langit, cacing-cacing seta semua binatang di darat mahupun di laut turut menangis. Kemudian Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.
Pada saat sudah hampir ajal Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, baginda menyuruh Bilal bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para muhajirin dan ansar di masjid Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir.
Setelah selesai mengerjakan solat baginda bangun dan naik ke atas mimbar dan berkhutbah “Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya aku adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin-Nya dan aku adalah saudara kandung kamu yang menyayangi kamu semua seperti seorang ayah.”
“Oleh itu kalau sesiapa yang mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahuku sebelum aku dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata “Demi ayah dan ibuku ya Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, kalau anda mengumumkan kepada kamu berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.”
Lalu ‘Ukasyah berkata lagi “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikut untamu dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampirimu dengan tujuan supaya dapat mencium pehamu, tetapi engkau telah mengambil tongkat dan memukul untamu supaya berjalan cepat dan pada masa itu engkau terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu, saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam berkat a kepada Bilal bin Rabah Radhi-Allahu-anhu “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepada dengan berkata “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas(qisas).”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah, maka Bilal pun member salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah Radhi-Allahu-anha menyahut dengan berkata “Siapakah di pintu?” Lalu Bilal berkata “Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam untuk mengambil tongkatnya.” Kemudian Fatimah berkata “Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?” Bilal berkata “Wahai Fatimah, Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam telah menyediakan dirinya untuk di qisas.”
Fatimah bertanya lagi “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai haitnya untuk mengqisasa Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam?” Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah Radhi-Allahu-anha, sebaik sahaja Fatimah memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawanya kepada Rasulullah.
Setelah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam menerima tongkat tesebut dari Bilal bin Rabah maka bagindapun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihat demikian, maka Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu dan Umar Radhi-Allahu-anhu tampil ke hadapan sambil berkata “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qisas baginda Rasulullah, tetapi kamu qisaslah kamu berdua.”
Apabila Rasulullah mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar Radhi-Allah-anhuu maka dengan segera baginda bersabda “Wahai Abu Bakar dan Umar, duduklah kamu sesungguhnya Allah S.W.T telah menetapkan tempat untuk kamu berdua.”
Kemudian Ali Karamallahu-wajhah bangun lalu berkata “Wahai ‘Ukasyah, aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah, oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu mengqisas Rasulullah.”
Lalu Rasulullah bersabda “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah Subhana-wa-Ta’ala telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak mengerti bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah, kalau kamu mengqisas kami sama juga kamu mengqisas Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam.”
Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam pun bersabda “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua. “Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda “Wahai ‘Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata “Ya Rasululallah Salallahu-Alaihi-wa-Salam kamu telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, maka dia pun mencium baginda dan berkata “Saya tebus anda dengan jiwa saya, Ya Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, siapakah yang sanggup memukul kamu. Saya melakukan begini adalah kerana saya ingin menyentuh tubuhmu yang dimuliakan oleh Allah Subhana-wa-Ta’ala dengan badan saya dan Allah Subhana-wa-Ta’ala menjaga saya dari nereka dengan kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat menyentuh perasaan itu.
Setelah itu para jemaah berkata “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam makin hampir maka baginda pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah Radhi-Allahu-anha dan baginda bersabda “Selamat datang kamu semua semoga Allah Subhana-wa-Ta’ala mengasihi kamu semua, aku berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah Subhana-wa-Ta’ala dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.”
Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu meletakkan aku diatas balai tempat tidurku dalam rumah aku ini”
“Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkanku, pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah Subhana-wa-Ta’ala, kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibrail Alaihi-Salam, kemudian diikuti oleh malaikat Izrail serta semua pembantunya. Setelah itu baru kamu semua makhluk beramai-ramai bersolat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang amat menyayat hati itu, maka mereka menangis dengan kuat dan berkata “Ya Rasulullah,engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami. Selama ini engkau member kekuatan kepada kami dan sebagai penguasa yang menguruskan urusan kami.”
“Apabila engkau seudah tiada nanti siapakah yang akan kami ajukan setiap persoalan yang timbul?” Kemudian Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan aku telah tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai berbicara dan yang satu lagi diam sahaja. Pandai berbicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut.”
“Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadithku dan sekiranya hati kamu itu keras maka lembutkanlah ia dengan mengambil pengajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam berkata demikian, maka sakit Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bermula. Dalam bulan Safar, Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat.
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam diutuskan pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin, sakit Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bertambat berat, setelah Bilal Radhi-Allahu-anhu selesai azan subuh, maka Bilal Radhi-Allahu-anhu pun pergi ke rumah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam.
Setibanya Bilal Radhi-Allahu-anhu di rumah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, maka Bilal pun member salam “As-Salamu-Alaikum ya Rasulullah.” Lalu djawab oleh Fatimah Radhi-Allahu-anha “Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam masih sibuk dengan urusan baginda.” Setelah Bilal Radhi-Allahu-anhu mendengar penjelasan dari Fatimah Radhi-Allahu-anha, maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah Radhi-Allahu-anha.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam dan member salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal telah di dengar oleh Rasulullah dan baginda bersabda “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.”
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, maka Bilal pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya di atas kepada dengan berkata “Musibah!” Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam katakana kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong, maka dengan suara yang kuat Abu Bakar Radhi-Allahu-anhu menangis sehingga jatuh pengsan.
Melihat peristiwa itu, maka riuh-rendahlah di dalam masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku. Maka Fatimah memberitahu “Kekecohan kaum muslimin kerana engkau tidak pergi ke masjid.”
Kemudian Rasulullah memanggil Ali Karamallahu-wajhah dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam sampai di masjid maka baginda pun bersolat Subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam pun bersabda “Wahai kaum Muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah Subhana-wa-Ta’ala, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah Subhana-wa-Ta’ala dan mengerjakan segala perintah-Nya.”
“Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”
Setelah berkata demikian, maka Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam pun pulang ke rumah.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Izrail “Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasih-Ku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya, maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya, maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau diizinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk, maka hendaklah kamu kembali kepada-Ku.”
Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah Subhana-wa-Ta’ala maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam maka dia pun member salam
“As-Salamu-Alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati aadkhulu?” (“Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekalian, wahai penghuni rumah Nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?”)
Apabila Fatimah mendengar orang member salam maka dia pun berkata “Wahai hamba Allah, Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. sedang sibuk kerana sakitnya yang semakin berat.”
Kemudian Malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam dan Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. bertanya kepada Fatimah Radhi-Allahu-anha
“Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”
Maka Fatimah Radhi-Allahu-anha berkata
“Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa engkau sedang sibuk kerana sakit, sebaliknya dia memandangku dengan tajam sehingga merasa menggigil badanku.”
Kemudian Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. bersabda
“Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?”
Jawab Fatimah
“Tidak ayah.”
Bersabda Rasulullah
“Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan kumpulan-kumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur.”
Fatimah Radhi-Allahu-anha tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. mendengar tangisan Fatimah, maka baginda pun bersabda
“Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”
Kemudian Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap
“As-Salamu-Alaikum ya Rasulullah.”
Lalu Rasululllah Salallahu-Alaihi-wa-Salam menjawab
“Wa-alaika-Salamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”
Izrail berkata
“Kedatanganku adalah untuk menziarahimu dan mengambil rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali.”
Rasulullah bersabda
“Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?”
Izrail berkata
“Aku tinggalkan Jibrail Alaihi-Salam di langit dunia, semua para malaikat sedang mulaikan dia.”
Tidak berapa saat kemudian Jibrail Alaihi-Salam pun turun dan duduk dekat kepada Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam..
Apabila Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam melihat kedatangan Jibrail Alaihi-Salam, maka Rasulullah pun bersabda
“Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?”
Jibrail berkata
“Ya, aku memang tahu.”
Rasulullah bertanya lagi
“Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah Subhana-wa-Ta’ala.”
Jibrail Alaihi-Salam berkata
“Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Rasululullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam bersabda
“Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada hari Kiamat nanti.”
Jibrail Alaihi-Salam menjawab
“Allah Subhana-wa-Ta’ala telah berfirman “Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”
Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. berkata “
Wahai Izrail, dekatlah kamu kepadaku.”
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya. Apabila roh sampai di pusat baginda, maka Baginda pun berkata
“Wahai Jibrail, alangkah dahsyatnya rasa mati.”
Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata-kata baginda. Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun bersabda
“Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”
Jibrail Alaihi-Salam berkata
“Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik berkata “Apabila roh Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. telah sampai di dada, baginda bersabda “Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali Karamallahu-wajhah berkata “Sesungguhnya Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua bibir baginda sebanyak dua kali dan aku meletakkan telingaku dekat Rasulullah Salallahu-Alaihi-wa-Salam, baginda bersabda “Umatku! Umatku!”

Kisah Nabi Adam dan Azazil
Di dunia dahulu, sebelum penciptaan Adam Alaihi-Salam, golongan jinlah yang menjadi penghuni bumi. Menurut riwayat adalah Azazil merupakan golongan jin yang hidup di bumi sebelum penciptaan Nabi Adam. Pada satu ketika para malaikat memerangi jin yang tinggal di bumi kerana terlalu banyak membuat kerosakan. Dalam serangan itu mereka menawan Azazil dan membawanya ke alam malakut (langit). Azazil ikut beribadat bersama-sama malaikat yang akhirnya dia menjadi semulia-mulia malaikat dan menjadi hamba Allah yang paling banyak ilmu dan ibadatnya.
Azazil rupanya cantik dan mempunyai sayap. Dia juga menjadi penjaga syurga. Dia menjadi penguasa bumi dan langit dunia (langit pertama).
Sekalipun Azazil ditugaskan mengawasi dunia, tetapi golongan jin masih banyak membuat kerosakan di muka bumi dan sering terjadi bunuh-membunuh di antara mereka. Mereka telah membunuh Nabi mereka sendiri iaitu, Yusuf. Akhirnya Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengutuskan Azazil bersama rombongan tentera langit ke dunia menjumpai kumpulan jin yang banyak membuat kerosakan itu.
Ketika pertemuan Azazil dan tentara pimpinan dengan kumpulan jin yang zalim itu, timbullah rasa besar diri dan kesombongan dalam hati Azazil. Dia yakin tidak ada sesiapa yang sanggap melakukan apa yang dibuatnya, tidak ada yang sampai ke peringkat setinggi seperti dirinya, baik dari segi ilmu mahupun kedudukan di sisi Allah. Ketika itu hanya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati Azazil. Para malaikat tidak ada yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati Azazil.
Kemudian terjadilah hal-hal yang tidak diduga. Azazil menjumpai disetiap tempat sujud tertulis “Iblis tercampak, Iblis dilaknat, Iblis menjadi hina.”
Kemudian dia lihat lagi di pintu syurga tertulis “Aku ada mempunyai hamba yang termasuk golongan Muqarrabin, Aku suruh dia tetapi dia tidak mahu melaksanakannya. Bahkan dia ingkar kepada-Ku. Sebab itu Aku laknat dia dan ketaatan serta ibadatnya selama ini menjadi sia-sia.”
Azazil bingung dan hatinya tertanya-tanya “Siapakah Iblis yang dilaknat dan dicampakkan itu? Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada demikian itu?” bisik Azazil. Kemudian dia pergi menghadap Allah dan berkata “Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengutuk Iblis itu.” Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengizinkannya dan dia pun mengutuknya selama seribu tahun lamanya.
Namun akhirnya malaikat lain pun mengetahui perihal Iblis itu. Malaikat Israfil telah melihatnya tertulis di Lauhul Mahfuz. Israfil menangis, malaikat-malaikat yang lain pun datang menjumpainya. Mereka bertanya kepadanya “Mengapa engkau menangis?” Israfil menjawab “Aku telah melihat salah satu rahsia Tuhanku.” Sambil menceritakan apa yang dilihatinya itu.
Malaikat-malaikat yang datang itu pun turut menangis semua. Akhirnya mereka membuat keputusan sama-sama pergi untuk menjumpai Azazil yang terkenal dengan kemakbulan doanya itu. Azazil pun berdoa “Ya Tuhanku, amankanlah mereka ini semua daripada qathiah (putus rahmat-Mu)” Dia doakan mereka dan lupa dia mendoakan untuk dirinya. Tidak terfikir dalam hatinya bagaimana kalau dia sendirilah Iblis yang akan dilaknat Allah itu.
Menurut Ka’ab Al-Ahbar namanya adalah:
· Al-Abid (yang banyak beribadat) di langit dunia.
· Al-Zahid (yang zuhud) di langit kedua.
· Al-Arif (yang arif) di langit ketiga.
· Al-Wali (wali Allah) di langit keempat.
· Al-Iltaqa (yang menjumpai) di langit kelima.
· Al-Khazin (penjaga) di langit keenam.
· Azazil di langit ketujuh.
· Iblis di Lauhul Mahfuz.
Pada waktu itu, rupanya sifat takbur telah subur dan semakin menguasai dalam hati Azazil, tetapi hanya Al-Alim Azza wa Jalla jualah mengetahui akan apa yang terkandung dalam hati Azazil. Allah berfirman “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi ini.” Mereka berkata “Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah 30)
Kemudian Allah Subhanahu-wa-Ta’ala memerintahkan Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah. Ketika Jibrail bermaksud mengambilnya, tanah itu berkata “Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada Engkau. Aku minta janganlah ambil aku.” Jibrail merasa kasihan. Dia kembali kepada Tuhan dan berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tanah itu berlindung pada-Mu daripada aku kurangi atau ku ambil dia, maka tidak jadi ku ambilnya.”
Allah Subhanahu-wa-Ta’ala perintahkan pula Malaikat Mikail Alaihi-Salam. Tanah itu berlindung pada Allah seperti sebelumnya dan Mikail pun tidak sampai hati mengambilnya.
Kemudian Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengutuskan Malaikat Izrail iaitu malaikat maut. Tanah itu berkata kepadanya “Aku berlindung pada Allah daripada engkau ambil aku.” Malaikat maut menjawab “Aku juga berlindung pada Allah daripada kembali kepada-Nya tanpa melaksanakan suruhan-Nya.”
Malaikat maut mengambil tanah itu, sesuai dengan yang diperintahkan kepadanya. Dia ambil tanah dari pelbagai tempat dan jenis.Di antara tanah yang diambilnya ada tanah merah, tanah putih dan tanah hitam.
Itulah sebabnya manusia yang ada sekarang ini pun ada yang putih dan ada pula yang hitam.
Dia membawa tanah itu kepada Allah. Tanah itu menjadi basah sehingga menjadi lumpur. Allah Subhanahu-wa-Ta’ala pun mula menjadikan Adam untuk menandingi kehebatan Azazil atau supaya dia tidak sombong. Pada mulanya tubuh Adam hanya jasad tanah selama empat puluh tahun. Ketika para malaikat melalui tempat itu, mereka terperanjat. Yang paling terperanjat ialah Azazil. Pernah pada suatu hari Azazil lalu di hadapan jasad Adam Alaihi-Salam, kemudian dia pukul sehingga keluar suara seperti tembikar yang dipukul.
Kemudian Azazil bertanya kepada jasad Adam. “Untuk apa engkau diciptakan?” Setelah itu dia masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya. Dia berkata kepada para malaikat “Jangan takut dan segan kepada jasad ini. Dia ini tidak ada kelebihan. Nanti akan ku hancurkan dia.”
Tatkala sudah sampailah masa yang dikehendaki Al-Khaliq Azza wa Jalla untuk meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam Alaihi-Salam. Dia berkata kepada para malaikat “Apabila nanti Aku tiupkan roh kepadanya, maka sujudlah kamu kepadanya.” Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mula meniupkan roh ke dalam jasad Adam. Apabila roh sudah masuk ke dalam kepala Adam, dia pun bersin. Mendengar yang demikian para malaikat berkata “YarhamukAllah.” Apabila roh sudah sampai ke matanya, matanya terus terbuka dan melihat buah-buahan syurga. Tatkala roh sudah sampai ke dalam perutnya, Nabi Adam Alaihi-Salam terus lapar dan mahu melompat mengambil makanan-makanan yang ada di dalam syurga padahal rohnya baru sampai di pusat dan masih kaku kerana belum dimasuki roh. Begitulah sifat manusia yang selalu ingin tergesa-gesa.
Setelah Adam mempunyai roh dan hidup secara sempurna, maka sujud kesemuanya malaikat kecuali Azazil yang enggan dan takbur. Ketika Allah Subhanahu-wa-Ta’ala bertanyakan kepada dia “Mengapa engkau tidak mahu sujud?” Azazil menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Aku tidak mahu sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah.”
Aisyah Radhi-Allahu-anha berkata “Rasulullah Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam ada bersabda “Allah Subhanahu-wa-Ta’ala telah menciptakan malaikat dari nur Arasy, menciptakan jin dari nyala api dan menciptakan Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu.”
Ketika Allah Subhanahu-wa-Ta’ala bertanya kepada Azazil mengapa tidak mahu sujud kepada Adam, dia menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedangkan Engkau ciptakan dia dari tanah.”
Bererti Azazil Laknatullah-Alaih itu hanya melihat asal kejadian Adam dan tidak melihat siapa yang menyuruhnya. Kejadian Adam dan tidak melihat siapa yang menyuruhnya. Sepatutnya walaupun dia tidak menghormati Adam tetapi dia mesti taat kepada Allah yang menyuruhnya supaya sujud kepada Adam.
Azazil tidak mahu sujud bahkan timbul hasad dalam dirinya. Dia cemburu melihat Adam yang sudah dimuliakan Allah itu. Dia tidak mahu sujud dan takbur. Padahal sifat takbur dan membesar diri itu hanyalah layak bagi Al-Haq Azza wa Jalla dan cukup tercela dan membuat orang tidak boleh masuk syurga. Dalam hadis sahih ada menyatakan “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat takbur.”
Dalam hati Azazil ada sifat takbur, pembangkangan dan kekufuran yang menyebabkan dia dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahu-wa-Ta’ala. Firman Allah “Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah dia termasuk dari golongan orang-orang yang kafir.” {Surah Al-Baqarah ayat 34}
Ketika itu Azazil sudah dihukum kafir. Sejak itu namanya disebut Iblis, yang ertinya jauh. Dia menjadi jauh dari rahmat Allah dan dikeluarkan dari syurga. Sejak itu pula dia cukup marah dan dendam melihat Adam. Dia berazam untuk mengganggu dan menjerumuskan Adam serta anak cucunya. Firman Allah Surah Al-Israa ayat 62 “Dia (Iblis) berkata “Terangkanlah kepadaku, inilah orang-orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan anak cucunya kecuali sebahagian kecil.”
Surah Al-A’raaf ayat 13 “Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
Iblis memohon kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahu-wa-Ta’ala.
Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah. “Iblis menjawab “Kerana Engkau tealh menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).” Surah Al-A’raaf ayat 16-17
Segala kesenangan ada di dalam syurga. Apa saja yang diinginkan, dapat diperolehi tanpa bersusah payah. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat yang amat indah, permai dan penuh nikmat, menjadi idaman setiap insan.
Demikian menurut riwayat, Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menciptakan Adam Alaihi-Salam sebagai manusia pertama. Hamba-Nya yang dimuliakan itu ditempatkan di dalam syurga.
Adam Alaihi-Salam hidup sendirian, tiada seorang kawan pun, baginda berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap langit yang tinggi, bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari makhluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejaran di angkasa bebas, menyanyi, bersiul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam Alaihi-Salam terpikat melihatnya, teringin menjadi sepertinya, tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan hendak diajak. Baginda merasa kesepian, sudah lama tinggal di syurga seperti orang kebingungan, tiada pasangan yang untuk diajak bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada apa yang dilakukan sehari-harian kecuali bermalas-malas, bersantai, mengambil angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi berjenis bunga-bungaan semerbak mewangi, di bawahnya mengalir anak-anak sungai yang bercabang-cabang dan desiran airnya umpama pembangkit rindu.
Apa saja di dalam syurga adalah nikmat! Tetapi apalah erti segalanya jika hati resah gelisah dan kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam Alaihi-Salam di dalam syurga. Baginda perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan berdamping dengannya dalam kesenangan yang tidak terhingga. Kadangkala tatkala rindunya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengar burung bernyanyian, bersahut-sahutan, tetapi bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertekan.
Bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, daun-daun melambai gemalai dan mendesirkan sayup-sayup suara, maka meninggalkan kesan sedih dan terharu yang sangat mendalam di hatinya. Dirasakannya derita batin di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Walau demikian, Adam Alaihi-Salam mungkin malu untuk mengadukan halnya kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala. Namun, Al-Alim Azza wa Jalla melihat apa yang tersembunyi di hati hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam Alaihi-Salam. Apabila Adam Alaihi-Salam sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, baginda masih termenung di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba rasa mengantuk datang dan membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam Alaihi-Salam tidur nyenyak tanpa mempedulikan apa-apa yang ada di sekelilingnya. Di saat itulah Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menyampaikan perintah kepada malaikat Jibrail Alaihi-Salam untuk mencabut tulang rusuk Adam Alaihi-Salam dari sisi sebelah kiri.
Bagai orang yang dibius, Adam Alaihi-Salam tidak merasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibrail Alaihi-Salam. Dengan qudrat kuasa Ilahi, dengan hanya berfirman “Kun” maka terjadilah apa yang kehendaki-Nya.
Itulah Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Adam Alaihi-Salam, sebagai penghuni syurga yang kedua dan sebagai pelengkap kurnia yang di anugerahkan kepada Adam Alaihi-Salam yang inginkan seorang kawan untuk bermesra dan bersenda gurau.
Hawa duduk bersandar di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tidak jauh di hadapannya. Pemikiran yang bergelombang dalam sanubari Hawa seolah-olah arus elektrik yang mengetuk hati Adam Alaihi-Salam, lantas menerimanya sebagai mimpi yang berkesan dalam gambaran jiwanya ketika itu.
Adam Alaihi-Salam terbangun dari beradunya. Alangkah terkejutnya ketika melihat makhluk sama seperti dirinya hanya beberapa langkah dihadapannya. Baginda seolah-olah tidak percaya dengan penglihatannya. Baginda masih terbaring sambil mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan berperasaan malu, segera memalingkan badannya untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, sambil mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Dia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, lemah-lembut, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap orang yang memandang.
Dia adalah wanita tercantik yang menghiasi syurga dan kecantikannya itu akan diwarisi turun temurun pada hari kemudian dan daripadanyalah akan ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang sesudahnya.
Adam Alaihi-Salam pun tidak kurang gagah dan kacaknya. Tiada cacat pada dirinya kerana baginda adalah satu-satunya makhluk insan yang diciptakan oleh Allah Subhanahu-wa-Ta’ala secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pula diwariskan turun temurun kepada generasi selepasnya sebagai anugerah Allah Subhanahu-wa-Ta’ala kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penghuni syurga (lelaki) nanti merupai wajah seperti wajahnya bapa manusia iaitu Nabi Adam Alaihi-Salam. Dan adalah wajah Nabi Adam menyamai wajah nabi Ibrahim dan wajah Nabi Muhammad pula menyamai wajah Nabi Ibrahim. Wajah paling sempurna dan paling indah ialah wajah Nabi Muhammad.
Adam Alaihi-Salam bangkit dari pembaringannya. Baginda membuka mata, memperhatikan dengan pandangan tajam. Baginda sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, tetapi kebenaran.
Baginda tahu dan yakin makhluk itu manusia seperti dirinya. Baginda serta merta membawa kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Baginda sedar bahawa itulah dia jenis yang dirinduinya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Baginda tertawa kepada gadis jelita yang menyambutnya tersipu-sipu sambil menundukkan kepalanya, pandangannya dapat menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam Alaihi-Salam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam Alaihi-Salam serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, tiada tandingannya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam Alaihi-Salam ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik, paling jelita dan paling harum dari segala-galanya.
Adam Alaihi-Salam dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Baginda berseru “Wahai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu dan untuk siapakah engkau disini?” Suara sopan, lembut dan penuh kasih-sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ringkas. “Aku dari Khaliq.” Suaranya terhenti seketika. “Aku… aku… aku, dijadikan untukmu!” Tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa, tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar oleh Adam Alaihi-Salam ialah tatkala Hawa mengucapkan kata terputus-putus “Aku… aku… aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu penuh dengan kasih sayang, menambah kemesraan Adam Alaihi-Salam kepada Hawa. Adam Alaihi-Salam sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan Azza wa Jalla dan cinta pun datang dari-Nya juga. Baginda tahu bahawa Allah Azza wa Jalla itu cantik, suka kepada kecantikan juga. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan bererti cinta kepada Tuhan.
Cinta itu bukan dosa malah satu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Khaliq. Dengan keyakinan demikian Adam Alaihi-Salam menjemput Hawa dengan berkata “Kekasihku, ke marilah engkau kepadaku!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya dan kepalanya memberi isyarat menolak sambil memandang Adam Alaihi-Salam penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam Alaihi-Salam tidak ragu-ragu. Baginda mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah bermulanya wanita itu didatangi bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam Alaihi-Salam, namun haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Dalam sanubarinya, dia tidak dapat menyangkal bahawa dia pun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam Alaihi-Salam yang sungguh indah.
Adam Alaihi-Salam tidak putus asa. Baginda tahu itu bukan dosa. Baginda tahu membaca isi hati. Baginda tahu bukannya Hawa menolak, tetapi suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Baginda tahu bahawa di sebalik ‘malu’ terselit rasa ‘mahu’ kerana baginda yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan untuknya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah hampir dengan Hawa serta menghulurkan tangan suci kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru “Hai Adam! Tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan berkahwin!” Adam Alaihi-Salam tersentak lalu balik ke tempat asalnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran dari Ilahi dan hatinya tenteram kerananya. Kedua-dua manusia dalam syurga itu terdiam demikian menunggu perintah.
Al-Rahman Azza wa Jalla menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kedua hamba-Nya yang saling memerlukan. Dia memerintahkan bidadari-bidadari syurga yang indah untuk menghiasi dan menghiburkan pasangan Adam itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan dari syurga yang indah-indah belaka.
Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon ‘Syajarah Thuba’. Menjadi saksi atas perkahwinan Adam Alaihi-Salam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad perkahwinan itu Allah Azza wa Jalla berfirman “Segala puji adalah milik-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadilah saksi kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku mengahwinkan Hawa dengan Adam Alaihi-Salam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”
Setelah akad nikah selesai, datanglah para malaikat dan bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqult dan intan permata kepada pasangan agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam Alaihi-Salam mendapat isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak mula. “Mana mahar?” Tanyanya. Dia menolak sentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam Alaihi-Salam bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah memberi. Baginda lebih insaf daripada itu dan haruslah menjadi kaedah asas dalam pergaulan hidup.
Sekarang baginda sudah mempunyai pasangannya. Antara sesama pasangan harus ada saling memberi dan menerima. Pemberian pada perkahwinan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh itu, Adam Alaihi-Salam menyedari hakikat tuntutan Hawa itu bahawa menerima mahar adalah benar.
Untuk keluar dari keraguan, Adam Alaihi-Salam berseru “Ilahi, Ilahi, Ilahi… Ya Rabbi! Dengan apakah yang akan aku berikan kepadanya sebagai mahar? Emaskah, intankah, perak atau permata?” Jawab Allah “Bukan.” “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untukMu sebagai maharnya?” Tanya Adam Alaihi-Salam dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara ghaib. Adam diam dalam kebuntuan. Kemudian bermohon “Kalau begitu tunjukkanlah hamba-Mu jalan keluar!” Al-Haq Azza wa Jalla berfirman “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas NabiKu, Nabi dan Rasul yang bakal Aku utuskan bagi membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku, Muhammad. Cincin permata dari para Nabi dan dialah penutup serta penghulu segala anbiya. Ucapkanlah sepuluh kali!”
Adam Alaihi-Salam merasa lega. Baginda mengucapkan sepuluh kali selawat ke atas Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual kerana Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam adalah rahmatan lil ‘alamin.
Hawa mendengar dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam! Kini aku halalkan Hawa bagimu.” Perintah Allah “Dapatkanlah dia sebagai isterimu!” Adam Alaihi-Salam bersyukur lalu menemui isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih.
Allah Subhanahu-wa-Ta’ala kemudian berfirman kepada mereka “Dan Wahai Adam! TInggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” {Al-A’raaf ayat 19}
Dengan perkahwinan ini Adam Alaihi-Salam tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan perkahwinan yang pertama dalam sejarah umat manusia dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah perkahwinan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa perkahwinan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya menetap di syurga, hanya Allah Subhanahu-wa-Ta’ala yang tahu. Lalu keduanya diperintah turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala “Kami berfirman lagi “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka). Maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” {Al-Baqarah ayat 38}

Monday, July 6, 2009
Thursday, June 18, 2009
AR-RAFI’
Bilakah Kiamat?
حدثنا أنس بن مالك قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بعثت أنا والساعة كهاتين
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini”(iaitu jari telunjuk dan jari tengah)
(Riwayat Muslim)
عن أبي حازم أنه سمع سهلا يقولا
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يشير بإصبعه التي تلي الإبهام والوسطى وهو يقول بعثت أنا والساعة هكذا
“Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) Antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini.”

AL-HAFIDD
Perkara yang membatalkan Islam/Syahadah
1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa’at dan tawakkal.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari’at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari’at Islam, maka ia telah kafir.
12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari’at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).
13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari’at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.

AL-BASIT
Zikir ; pintu pahala
Sabda Rasulullah s.a.w ;
“Tidak mampukah salah seorang daripada kalian meraih seribu kebaikan dalam sehari? Maka berkatalah salah seorang sahabat : “Bagaimanakah salah seorang di antara kita meraih seribu kebaikan (dalam sehari)? Baginda bersabda : ” Ucapkanlah tasbih Subhanallah wabihamdihi seratus kali, necaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan”.
(Riwayat Muslim)
“Ada kalimah yang ringan (diucapkan) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan di sisi Allah ; Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azim”
(Shahih Ibnu Majah)
“Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahuakbar, (adalah kalimah yang dengan membacanya) akan ditanam bagimu sebatang pohon dalam syurga”

Subscribe to:
Posts (Atom)